Thursday, September 18, 2008

erti sahabat

SAHABAT...kalau sekilas kita pandang pasti tiada apa yang istimewa..tapi cuba kita hayati perkataan ini yang membawa erti yang mendalam ini..tapi sesekali pasti ad ribut yang melanda menguji kita sebagai sahabat..selagi kita memiliki seorang sahabat terkadang kita pasti tidak menyedari kepentingannya..malahan kita kadang-kadang mengharapkan sahabat kita bertukar..tapi percaya atau tidak jika sahabat yang kita yang diharapkan bertukar itu hilang dari pandangan mata..mungkin kepentingan atau pengaruh seorang sahabat akan hadir...kita pasti merindui saat-saat tersebut..seorang sahabat yang setia pasti rela berkorban untuk sahabatnya walaupun dalam diam..namun jika sekali terluka..pasti sukar untuk dipulihkan..jika kelukaan mereka berulang..pasti rengang hubngan itu..sekental mana hati seorang sahabat.mereka juga seorang manusia..hati manusia sukar di pulih dan payah di ganti....

pekat gelap malam itu suram
namun sesekali ceria dengan panahan cahaya bulan
terkadang bulan itu terselindung di sebalik awan
melayan rajuk untuk dipujuk
bayu sebagai pengaman menghembus awan menampakkan bulan
bulan tersenyum meraih ceria
kerana rajuknya kian reda di pujuk bayu
bayu melambai menandakan mereka serasi
saling membantu di saat perlu dulu dan kini serta selamanya..

No comments: