Saturday, August 28, 2010

aku hebatkah??!!

ahh!! ak tahu itu,
ini pun aku tahu,
benda mudah,
petik jari saja,
jawapan keluar berasap-asap,
aku hebat!...ya aku hebat!
engkau siapa mahu lawan cakap aku,
sekadar budak hingusan,
ilmu pun hanya sejengkal,
lain la ak, ilmu tepu di dada,

hebatnya kau,
bercakap keluar asap,
asap tu hebat kah?...
yang aku tahu umpama racun,
hanya petik jari?...
wah hebat-hebat,
tapi kalau aku, perlu pemetik api,
baru ada api,
asap menyusul kemudian,
kau memang hebat,
hebat,hebat dan hebat,
hebat menipu!...


liana =)

Thursday, August 26, 2010

muhasabah diri seadanya...

sakit hati, kecewa, geram...
itu lumrah manusia,
yang membezakan cara kita,
membentakkah, menjerit kah, menagis kah, diam kah,
hakikatnya itu biasa
kerana kita manusia,

jika kita melawan,
kita bersalah juga,
sebab kita tidak semai benih sabar,
jika nafsu dituruti,
rosak juga peribadi,
iman apa tah lagi,
bertindak melulu tanpa akal yang diberi,

jadi...
kita ini harus apa lagi,
tekat semangat berani mati,
bukan untuk mati,
tapi untuk sebelum mati,
kerana kita bertujuan disini,
mencari bekalan disana nanti,

lantas...
kita mula sekali lagi,
jika kita salah langkah disaat ini,
supaya teratur kemas,
meniti setiap duri-duri,
melaksanakan setiap yang wajib,
mengejar setiap yang sunat,
supaya kita tidak disoal nanti,
disaat hari kita menghadap ilahi...

wassalam

Sunday, August 15, 2010

ahlan ya ramadhan!!

dah 6 hari puasakan..so how??..tah la ak ni turun naik je amalan..kalau naik ok gak..ni turun je keje..macam ni la kita manusia..kalau terhantuk baru la nak tersedar..mudah-mudahan kita sentiasa didalam payung rahmat dan kasihya dari dari DIA pencipta alam..Sama-sama kita ingat mengingati..semoga kita sentiasa memperbaiki amalan kita..aminn

luv

liana=)