........Di atas bahtera ini ku layarkan impian.....agar perjalananku sampai ke destinasi....menarik segala harapan...agar kental berdiri walau dilanda ombak badai....ku berdiri tanpa secebis kesal ....kerana ku yakin tahapku dimana......kerana ku yakin aku siapa..... kerana ku yakin aku mampu seadanya....ilmu itu seluas lautan....walau setitis aku tetap bersyukur....kerana ilmu itu penjamin masa depan..
salam semua..buat sekian kalinya blog ini di update...agak sibuk sejak kebelakangan ini..6 hari seminggu penuh dengan kelas..namun tenaga ku masih ditahap memberangsangkan walaupun sering kali 'homesick' datang mengetuk pintu-pintu hati ku yang kian lemah..kengkadang hatiku sering ditusuk sembilu yang kian layu di sekelilingku...namun 'alah bisa tegal biasa'.....PERNAH atau tidak kita marah atau dikuasai nafsu amarah...cara tidakkan kita juga pasti berubah..itulah satu keadaan yang akan menzahirkan nilai atau sikap seseorang samada 'cool' atau 'luar biasa'....luar biasa?...perlukah kita dilabel luar biasa...atau pelik...atau kurang sopan...yang pasti negatif lah!!..secara manisnya tidak perlu...kerna kewarasan kita masih mampu mendominasi segenap tindakan yang kita lakukan...tatkala hati ini panas yang pastu wuduq..zikir..satu penyelesaian terbaik...kaedah terapi relaksasi juga boleh diaplikasikan di dalam kehidupan...tindakan yang agak agresif pasti menzahirkan sesuatu agak pahit untuk ditelan jika dijelaskan....sama-sama kita fikirkan...supaya kita sama-sama mengambil iktibar...renung-renungkan...
selamat bercuti kepada semua..inilah masa untuk merehatkan minda yang pasti sudah penat..lepaskan semua tekanan..uraikan yang mana tersimpul..agar hidup kita kembali ceria setelah cuti sampai ke penghujungnya..ironinya begitulah yang ditafsirkan sebagi bercuti..namun jangan sesekali kita berhenti dari berfikir..kerana berfikir adalah salah satu senaman yang baik untuk otak bg mengekalkan kecerdasan..
sekilas ikan di air..pasti sudah tahu jantan bertina...satu pepatah yang selalu digunakan bagi menggambarkan bertapa pengalaman itu penting dalam meneliti atau membaca dan memahami sesuatu perkara..namun terkadang kita alpa tentang tentang pepatah ini yang sering kita ketepikan...setiap orang ada naluri untuk membaca pemikiran orang lain...gerak badan yang ditonjolkan mampu memberi gambaran tentang ap yang kita fikirkan...jelas sekali setiap tindakan yang tanpa sedar kita lontarkan mampu mencorek atau mencalarkan hati-hati mereka sekeliling...setiap tingkah laku kita perlu menitik beratkan setiap mata-mata yang memandang...yang pastinya setiap manusia itu ada kelemahan...setiap kelemahan perlu kita perbaiki...jangan sesekali mempertikaikan kelemahan orang lain kerana itu adalah sesuatu hak milik yang tidak layak kita bongkarkan...hayati lah dan perbaiki lah kelemahan kita sendiri untuk kita terus berjaya..insyaAllah..
bermulanya sem baru pasti ada cabaran yang perlu ditempuh...namun semuanya berbalik kepada pendirian kita bagaimana menilainya..setiap masalah pasti ada jalannya..jalan yang di pilih perlu selari dengan setiap jiwa-jiwa yang menghuni kamar berkenaan..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan cemerlang...dedikasi sesama rakan-rakan patut di puji..setiap sudut perlu dilihat tanpa menilai baik dan buruk yang akan dan bakal ditempuhi..kerana persepsi setiap org adalah berbeza..perbincangan yang telus membolehkan setiap orang mengutarakan setiap persoalan yang sering bersarang di benak hati-hati mereka..yang pastinya ia perlu didengari tanpa sebarang bangkangan terlebih dahulu...kerana jika kita menolaknya tanpa sebab musabab yang kukuh dan hanya berlandaskan pendirian kita pasti membawa kearah kehancuran dan mungkin mecerminkan peribadi kita yang kurang bertanggungjawab dan hanya menjadi pembela diri...mahukah kita digelar sebagai manusia yang hanya pandai membangkang tanpa alasan yang kukuh untuk dijadikan benteng yang sangat dimegah-megahkan...mungkin sekali tidak..kita sebagai umat yang bertamadun perlu befikir dengan lebih matang...yang jelas...pengajarannya disini...jangan sesekali terlepas pandang terhadap pandangan orang atau pihak lain...kerana sudut kita adalah berbeza-beza..
rasional..usaha..redha ..tawakal perlu ada di dalam diri setiap insan yang bergelar manusia..semuanya perlukan pertimbangan yang dinamik untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan berkualiti...ada diantara kita hanya mampu menzahirkan niat melalui kata-kata yang tiada penghujungnya...semuanya terarah kepada kecekalan kita dalam melalui sesuatu jalan yang mungkin banyak cabang dan halangannya...liku-liku yang kita nampak dengan mata kasar belum pasti dilalui dengan megah..sesekali memerlukan akal kognitif dan iman yang mantap untuk kita jelajahi...tiada kata dapat menjelaskan keringat yang terbuang untuk sesuatu yang kita perolehi dengan ikhlas..berkat usaha ini mampu membuatkan ia kekal selamanya...namun ada kejayaan yang di nikmati tidak semanis kurma...mungkin jalannya tidak sejernih embun yang mampu membuai mimpi unggas-unggas di nihari...alangkah ruginya jika azam yang dibina dan dicapai tidak menjadi titik-tolak untuk lebih gemilang dimasa hadapan...di mana silapnya..mungkin terkadang kita terlepas pandang...menyusun tapak tanpa memandang ke bawah...tanpa mengukur jarak langkah..terlalu taksub dengan kejayaan..rasional kita memikirkannya...agar tidak tersasar jauh..semoga azam kita di atas jalan yang lurus dan diberkati oleh Allah s.w.t....InsyaAllah..