Thursday, January 8, 2009

penempatan klinikal ortopedik


bermulanya sem baru pasti ada cabaran yang perlu ditempuh...namun semuanya berbalik kepada pendirian kita bagaimana menilainya..setiap masalah pasti ada jalannya..jalan yang di pilih perlu selari dengan setiap jiwa-jiwa yang menghuni kamar berkenaan..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan cemerlang...dedikasi sesama rakan-rakan patut di puji..setiap sudut perlu dilihat tanpa menilai baik dan buruk yang akan dan bakal ditempuhi..kerana persepsi setiap org adalah berbeza..perbincangan yang telus membolehkan setiap orang mengutarakan setiap persoalan yang sering bersarang di benak hati-hati mereka..yang pastinya ia perlu didengari tanpa sebarang bangkangan terlebih dahulu...kerana jika kita menolaknya tanpa sebab musabab yang kukuh dan hanya berlandaskan pendirian kita pasti membawa kearah kehancuran dan mungkin mecerminkan peribadi kita yang kurang bertanggungjawab dan hanya menjadi pembela diri...mahukah kita digelar sebagai manusia yang hanya pandai membangkang tanpa alasan yang kukuh untuk dijadikan benteng yang sangat dimegah-megahkan...mungkin sekali tidak..kita sebagai umat yang bertamadun perlu befikir dengan lebih matang...yang jelas...pengajarannya disini...jangan sesekali terlepas pandang terhadap pandangan orang atau pihak lain...kerana sudut kita adalah berbeza-beza..

No comments: