Saturday, January 4, 2014

sedar semua kita

jika ditanya esok apa akan datang semua pasti ada jawapan kerana kita selalu merancang mengharap tanpa sedar kerna kita selalu lupa tanpa izin dari-Nya kita tidak kemana. liana 2049 p.pinang

2014

last update 2011 kalau tak silap...it's had been almost 2 tahun..tahun yg banyak dihabiskan dengan proses adaptasi dunia pekerjaan..tekanan naik turun...sabar kadang-kadang hilang..jenuh cari baru jumpa..positif kena paksa dtang..negatif mmg x jemput, tp datang juga...but at the end..boleh tersenyum..3 tahun itu adalah permulaan...mudah mudahan semuanya cemerlang. liana 2049 p.pinang

Sunday, January 30, 2011

lihat dasar itu...temui pangkalnya~

Mengintai malam di sebalik kain suci

Hujan mencurah bumi tanpa bicara

Longlai, tetap kaku mengimbau alpa

Menyusuri setiap bait kata-kata

Sudah bernoda songsang, simpang jalan di terokai

Seperit ini rasa pedih kesal

Jenuh diselami laut duka

Yang telah bernanah

Malarat ke setiap rongga

Lumpuh sudah segala

Biar ada penghujungnya…

Saturday, August 28, 2010

aku hebatkah??!!

ahh!! ak tahu itu,
ini pun aku tahu,
benda mudah,
petik jari saja,
jawapan keluar berasap-asap,
aku hebat!...ya aku hebat!
engkau siapa mahu lawan cakap aku,
sekadar budak hingusan,
ilmu pun hanya sejengkal,
lain la ak, ilmu tepu di dada,

hebatnya kau,
bercakap keluar asap,
asap tu hebat kah?...
yang aku tahu umpama racun,
hanya petik jari?...
wah hebat-hebat,
tapi kalau aku, perlu pemetik api,
baru ada api,
asap menyusul kemudian,
kau memang hebat,
hebat,hebat dan hebat,
hebat menipu!...


liana =)

Thursday, August 26, 2010

muhasabah diri seadanya...

sakit hati, kecewa, geram...
itu lumrah manusia,
yang membezakan cara kita,
membentakkah, menjerit kah, menagis kah, diam kah,
hakikatnya itu biasa
kerana kita manusia,

jika kita melawan,
kita bersalah juga,
sebab kita tidak semai benih sabar,
jika nafsu dituruti,
rosak juga peribadi,
iman apa tah lagi,
bertindak melulu tanpa akal yang diberi,

jadi...
kita ini harus apa lagi,
tekat semangat berani mati,
bukan untuk mati,
tapi untuk sebelum mati,
kerana kita bertujuan disini,
mencari bekalan disana nanti,

lantas...
kita mula sekali lagi,
jika kita salah langkah disaat ini,
supaya teratur kemas,
meniti setiap duri-duri,
melaksanakan setiap yang wajib,
mengejar setiap yang sunat,
supaya kita tidak disoal nanti,
disaat hari kita menghadap ilahi...

wassalam

Sunday, August 15, 2010

ahlan ya ramadhan!!

dah 6 hari puasakan..so how??..tah la ak ni turun naik je amalan..kalau naik ok gak..ni turun je keje..macam ni la kita manusia..kalau terhantuk baru la nak tersedar..mudah-mudahan kita sentiasa didalam payung rahmat dan kasihya dari dari DIA pencipta alam..Sama-sama kita ingat mengingati..semoga kita sentiasa memperbaiki amalan kita..aminn

luv

liana=)

Friday, December 25, 2009

tawakal segalanya~

esok..
apakah coretan baru bakal terukir
melahirkan satu risalah
yang bakal menyusuri perjalanan takdir
jiwa rapuh ini kian resah
jika setiap yg dilalui kian goyah
namun cabaran itu dugaan dunia
perlu dikemudi dengan pasrah
merentasi arus masa
dengan azimat doa yg istiqomah...

Thursday, December 24, 2009

ingatanku terbang ke sana.. tempat lahirku..

suram hari ini..tiada cahaya..
redup bukan..mendung pun bkn..
yang pasti warnanya kelam
tertunduk sayu ku membilang waktu
biar cepat berlalu..
kerana ak seorang perindu
kerana ak masih merindu
sepi..
tanpa senyuman..tanpa tangisan
tenang juga tanpa bicara..
ak leka melayan duka..
yang pasti tiada luka..
hanya duka..

keluhanku seorang perantau...

Wednesday, December 2, 2009

warkah cinta (xde kaitan ngan diriku)

jelas sekali pandangannya redup
menusup setiap ruang benak hatiku
jantungku sering berdegup kencang
ahh..jatuh cinta kah ak

lontaran menerjah di fikiranku
mungkin juga jodohku
mungkinkah

mudah sungguh hatiku bergetar
dikala pemuda itu berlalu
hatiku pasrah
dalam pasrah ada jua harapan

tiba-tiba hatiku berbisik
mudah sungguh hatiku terleka
ku kira semua manusia begitu
mana mungkin hati mereka tidak bergetar
jika pemudanya tidak sekacak itu
jika pmuda tidak setangkas itu

jelas sekali getaran itu bukan milikku
jika benar imannya yang terpancar di wajah redup itu
dia mungkin telah memohon petanda
dan dia mungkin telah mendapat petanda
yang wajahku tidak kelihatan didalam mimpinya

itu kehendak-Nya
ak insan biasa
hanya mampu berdoa
mudah-mudahan
wajahku hadir dalam mimpi insan lain selayaknya..

nukilan: noorliana
1.11 am
3 Dec 2009

selamat hari raya aidil Adha..;-)

jalan ini berkaca
jalan itu berduri
menilai setiap jalan itu pasti
namun apa bezanya
jika mereka yang melaluinya
masih tetap sama
tanpa anjakan
tanpa lonjakan
yang menuntut sebuah pengorbanan
bagi menjamin sebuah kejayaan..

Tuesday, April 21, 2009

..disebalik sesuatu..


'Duri itu pedih
sakit itu anugerah
ujian itu cabaran
usaha itu pasti
kejayaan itu murni'

..langkah ini..


di sini langkahku bermula,
mencari satu sinar
membawa seribu impian
agar terbuka lembaran
hingga terukir sebuah senyuman
tunggak kuat dibelakangku

Thursday, April 16, 2009

2 bulan yang mencabar dan memenatkan..


berakhir juga akhirnya hari-hari yang memenatkan bagi diriku yang lemah ini...setiap hari ak berdoa supaya dipermudahkan hari-hari berikutnya...waaaa..kadang rse macam nak menjerit...rse nak nangis..rse nak marah...mmg penat...sebulan lebih 'practicle'..dengan case study..presentation lg...nak senyum pun susah..nasib la kawan-kawan da masak dengan sikap ak ni...tq ye sume...mak ayah la jugak yg pasti sebagai pendengar setia(macam dapat anugerah lak)...semalam viva...haha..1 lg cabaran..walaupun komen x memberansangkan..sedey jugak..tp xpe..bak kate sorang therapist ni..'its part of learning process'..............hari ini atau semalam ap bezanya...tetap sama..meniti satu langkah..mencari satu risalah..yang segar..mencari satu idea yang mampu melonjak semangat ke tahap maksima..ilmu itu penting..kesalahan itu cabaran..di sebaliknya ada satu pengajaran..disebalik pengajaran itu ad ilmu..jika kesalahan itu sebagai bayaran..yang mampu memberi ilmu yang sangat bernilai..kita seharusnya patut terima...mgkin kita adalah salah seorang insan terpilih untuk itu..jelas terpancar kepuasan jika kita terima ap jua cabaran itu dengan tabah..insyaAllah..

Sunday, March 8, 2009

cabaran meniti perjalanan..


salah satu pengalaman berharga telah ku kutip hari ini..iaitu merasai perjalanan sebagai seorang cacat penglihatan...bayangkan mata ditutup dengan 'blindfold' jalan menggunakan tongkat..susuri jalan yang tidak pernah dibyangkan..agak menakutkan sebenarnya..hampir-hampir masuk longkang..hanya tuhan saja yang tahu perasaanku ketika itu..ini lah dinamakan pengalaman..sedikit sebanyak merasai bagaimana kesusahan yang dihadapi oleh golongan cacat penglihatan...jika anda diberi memilih antara jalan kiri dan kanan..jalan mana yang anda akan pilih..beserah atau berusaha untuk memiliki jalan yang diigini..tidak semestinya jalan yang kita ingini mampu memberi kepuasan dalam diri atau menjanjikan penghujung yang sempurna..dan tidak semestinya juga berdiam diri tanpa sebarang usaha mampu memberi jawapan yang tepat atau hasil yang gemilang...yang pasti...usaha itu mesti dan tawakal itu pasti...lalui dan terima setiap perjalanan dengan ikhlas...lakukan sesuatu sehabis baik...'i'm not the best..but i will try my very best'...i'm not the best..but i will be among the best'..insyaAllah..renung-renungkan..

Wednesday, March 4, 2009

leraikan yang tersimpul..










redha..merangkap sejauh mana tahap kesabaran kita menempuhi sesuatu ujian..

pahit manis..kita telan tanpa menzahirkan apa jua rasa..
supaya hati kita tidak bergelodak memercikkan api kemarahan..
di dalam aliran darah yang kedinginan.. di situ ada cabaran..
mengheret persis kearah keamanan..hati dan nurani..
sesekali bisikan menjelma.. merentap sisa kesabaran..
bingkas bangun tanpa apa jua alasan..
zikirrullah sebagai pendamai.. insyaAllah..


renung-renungkan....

Sunday, February 22, 2009


2 minggu lagi hari-hari yang agak mencabar akan tiba...bermulanya penempatan klinikal ortopedik ..yang pastinya membuat ak tertekan..mungkin sebab persekitaran baru..penat juga memikirkan segala persiapan yang tidak seberapa..minggu pertama pasti membuatkan ak kurang selera makan atau lebih serius dari biasa...serius?..agak tertekan sebenarnya...tapi semua itu wajib dilalui..redha untuk segalanya..ak pasti boleh..doa-doakan...cuba kita tutup mata seketika..jalan dengan menggunakan tongkat..atau meraba sekitar dinding...pasti ada yang tersadung..ada yang jatuh..ata berlaku sebarang kemalangan...hidup ini pasti gelap..tiada arah tuju..agak sukar sebenarnya..setiap penjuru atau setiap segi pasti terbatas..hanya untuk beberapa jam kita pasti sedih..pasti berputus asa..bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai nikmat ini dari kecil atau semanjak lahir...begitu tabah insan-insan ini..tiada keluhan..berusaha menghadapi hidup..berusaha dengan kebolehan yang ada..berusaha memilh jalan yang ada..tidak pernah memberontak..tidak pernah beremosi..terima seadanya...kita juga perlu terima seadanya..samada dari segi harta benda,wang ringgit atau kelemahan diri sendiri atau kelemahan orang lain...cuba berusaha menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dan menerima apa jua kekurangan dengan positif...

Saturday, February 21, 2009

setapak ke belakang untuk si sinar pelangi di hadapan...


salam semua..sekian kalinya diriku terpanggil lagi untuk menulis...untuk menjadi seorang pemerhati bebas...untuk menyelami..membisik seadanya...hahaha...namun nadaku halus..supaya tersemat rapi selamanya....langkah demi langkah kita atur di dalam kehidupan seharian..megah melangkah..hingga terlupa ap di belakang...sesekali kita perlu menoleh..supaya tidak ada denai-denai yang kita lewati di penuhi air hujan yang mungkin menghasilkan becak atau lopak-lopak kecil yang pasti jika kita pandang..pasti mencacatkan permandangan yang sering kali di inginkan indah belaka...sesekali kita perlu melangkah setapak ke belakang supaya dapat menutup lopak-lopak tersebut sehingga jika terbias menghasikan satu spektrum warna yang pasti menggamit seribu ketenangan..itulah salah satu kepuasan sebagai seorang insan sentiasa menoleh untuk dijadikan pengajaran...pengajaran itu guru yang berkesan...terleka dengan dunia sendiri..kita sesekali terlupa ad yang terhiris..jika langkah kita diharapkan...tanganilah ia dengan berhemah..bukan emosi semata-mata...rentak manusia senang dibaca..apa yang termampu...lakukan dengan sebaiknya..agar yang terhiris..terluka..dapat di baluti dan di ubati..muhasabah diri seadanya...supaya kita tidak terluka dan terleka...insyaAllah..renung-renungkan..

Wednesday, February 18, 2009

suara hati..



apa dalam hati?...kadang memang sukar untuk di luahkan...mengharapkan org sekeliling memahami bukan satu tugas yang mudah...kita terkadang alpa seketika dengan sikap insan yang berbeza-beza..gaya permikiran juga berbeza..tugas kita menjelaskannya..bukan memendam apa jua yang mendatang tanpa sedikit pun rasional untuk kebaikan bersama...memahami dan terus memahami..mengkaji dan terus mengkaji setiap permasalahan memberi kita ruang untuk menjadi lebih berkeyakinan dan berdaya saing...yaa...ciri-ciri yang perlu ad bg memupuk sikap yang lebih proaktif...geram?...bengang?..putus asa?..itu adalah lumrah bila cadangan yang kita usul ditolak mentah-mentah..''mentah-mentah?'...'tak patut langsung, timbangkan la dulu..geram!!'..alah bisa tegal biasa..walaupun kita tidak berjaya,kita tetap peroleh seribu satu hikmah..iaitu..menyuarakannya...yang pasti kita tidak duduk dan menerima bulat-bulat apa jua yang disuarakan...pendirian kita tetap ada dan tidak hanya mengikut atau menjadi 'pak turut'...nilai terlebih dahulu sebelum mempengaruhi dan dipengaruhi kerana kita juga insan yang dikurniakan akal yang sama seperti mereka yang lain...gunakannya sebaik mungkin.. selagi tidak melanggar hukum dan syarak...insyaAllah..renung-renungkan..

Tuesday, February 17, 2009

segalanya telah tertulis..





sayu hati ini..

merentap segala urat nadi..
melihat kau pergi..

corakmu unik sekali...
putih bersih mewangi..
pergi mengadap ilahi...

Al-fatihah buat adik Aqilah..

Sunday, February 15, 2009

buat sahabatu Atiqah.....nukilan buatmu...serta sahabat seperjuangan...


........Di atas bahtera ini ku layarkan impian..... agar perjalananku sampai ke destinasi.... menarik segala harapan... agar kental berdiri walau dilanda ombak badai.... ku berdiri tanpa secebis kesal ....kerana ku yakin tahapku dimana ......kerana ku yakin aku siapa..... kerana ku yakin aku mampu seadanya.... ilmu itu seluas lautan.... walau setitis aku tetap bersyukur.... kerana ilmu itu penjamin masa depan..