Thursday, August 26, 2010

muhasabah diri seadanya...

sakit hati, kecewa, geram...
itu lumrah manusia,
yang membezakan cara kita,
membentakkah, menjerit kah, menagis kah, diam kah,
hakikatnya itu biasa
kerana kita manusia,

jika kita melawan,
kita bersalah juga,
sebab kita tidak semai benih sabar,
jika nafsu dituruti,
rosak juga peribadi,
iman apa tah lagi,
bertindak melulu tanpa akal yang diberi,

jadi...
kita ini harus apa lagi,
tekat semangat berani mati,
bukan untuk mati,
tapi untuk sebelum mati,
kerana kita bertujuan disini,
mencari bekalan disana nanti,

lantas...
kita mula sekali lagi,
jika kita salah langkah disaat ini,
supaya teratur kemas,
meniti setiap duri-duri,
melaksanakan setiap yang wajib,
mengejar setiap yang sunat,
supaya kita tidak disoal nanti,
disaat hari kita menghadap ilahi...

wassalam

No comments: