Wednesday, February 18, 2009

suara hati..



apa dalam hati?...kadang memang sukar untuk di luahkan...mengharapkan org sekeliling memahami bukan satu tugas yang mudah...kita terkadang alpa seketika dengan sikap insan yang berbeza-beza..gaya permikiran juga berbeza..tugas kita menjelaskannya..bukan memendam apa jua yang mendatang tanpa sedikit pun rasional untuk kebaikan bersama...memahami dan terus memahami..mengkaji dan terus mengkaji setiap permasalahan memberi kita ruang untuk menjadi lebih berkeyakinan dan berdaya saing...yaa...ciri-ciri yang perlu ad bg memupuk sikap yang lebih proaktif...geram?...bengang?..putus asa?..itu adalah lumrah bila cadangan yang kita usul ditolak mentah-mentah..''mentah-mentah?'...'tak patut langsung, timbangkan la dulu..geram!!'..alah bisa tegal biasa..walaupun kita tidak berjaya,kita tetap peroleh seribu satu hikmah..iaitu..menyuarakannya...yang pasti kita tidak duduk dan menerima bulat-bulat apa jua yang disuarakan...pendirian kita tetap ada dan tidak hanya mengikut atau menjadi 'pak turut'...nilai terlebih dahulu sebelum mempengaruhi dan dipengaruhi kerana kita juga insan yang dikurniakan akal yang sama seperti mereka yang lain...gunakannya sebaik mungkin.. selagi tidak melanggar hukum dan syarak...insyaAllah..renung-renungkan..

1 comment:

Anonymous said...

Begitu banyak dugaan dalam hidup..yg mana mengajar kita supaya lebih tabah dan juga lebih kuat menghadapi cabaran akan datang..Dalam persahabatan, kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu....mungkin satu hari nnt...